Tuesday, October 30, 2012

Family first

Semenjak melangkah ke alam Ijazah ni macam2 kena fikir. Kos sara hidup, incik hati, study, kawan2, family.

Cerita pasal family and hati, hari tu ade Modul (Latihan dalam kumpulan). Standard lah awal2 buat ice-breaking bagai tu kan. So kena introduce diri, hobi dan perkara paling mengembirakan. Ceritanya time turn aku, ini lah jawapnya:
-Nadiah
-Making hand-made accessories
-Bila family saya bersatu semula. 

Bila fikirkan ape yang gembira aku jadi lost, sebab hidup aku totally boring. There's nothing special. Sebab aku sendiri a boring person.

Maksud bersatu semula itu ialah mak dan ayah aku bertegur semula selepas satu jangka masa yang agak lama diorang tak bertegur.

Selepas pemergian seorang adik lelaki aku Mac lepas. Al-fatihah. Mak dan abah lembut hati nak terima satu same lain. Anak2 yang lain saaaaaaangat lah gembira bila dapat merase keadaan tu. Anak beranak da bole duduk satu meja makan sama2. Bole gelak2 sikit. Time tu rase bersyukur sangat2. Bak kata pepatah, ada hikmah disebalik yang terjadi. 

Tapi semua tu tak lama. Satu pagi, aku dalam bilik air terdengar suara abah tinggi. Dijawab oleh mak. Mak dan abah bergaduh kerana pihak ke berapa pun aku tak tau. Itu lah kali pertama aku dengar pergaduhan antara mak dan abah aku.

Dalam bilik air, aku menangis mengenangkan nasib keluarga sendiri. Tak pernah merasa kasih sayang yang ikhlas. Hidup sentiasa dipandang buruk oleh orang sekeliling. Pernah aku terfikir kenapa aku diwujudkan dalam family ni. Tapi hakikatnya aku kena terima keluarga ni. 

Siapa yang taknak kan keluarga yang bahagia. Hari2 aku berdoa diberi kesejahteraan dalam keluarga. Mengharap satu hari nanti akan ada cara menyembuhkan abah dan buat abah kembali ke pangkuan kami, keluarga abah yang official. 

Abah, setiap kali diah belajar, diah mesti fikir kalau lah diah dapat dekan, agak2 abah bangga atau tak? Sedangkan kakak yang berapa kali dekan tu, abah tak masuk dewan pun mase konvo. Apalagi diah? Mungkin abah bangga tapi abah tak tunjuk kan. Banyak pengorbanan abah untuk anak2. Tapi dari segi fizikal. Duit, barang3 kat rumah. harta. Cuma diah harap abah boleh buang ego abah jauh2.  Tapi diah percaya jauh sudut hati abah, abah sayangkan kitorang kan. Walaupun abah tak tunjuk. 

Abah, diah doakan keluarga kita dapat kembali bahagia seperti baru dilahirkan. Diah sayang abah. 

2 comments:

  1. be strong jgn sedeh2 tau nad kan kuat mcm superwomen :) insyaallah amin moga kluarga nad akn bhgia nnt amin3..jgn bndingkn kluarga nad ngn org len sbb stiap fmly ada mlsh dia sndri..ujian utk nad..kuatkn hati kuatkn dri Allah is always beside u..smile

    ReplyDelete
  2. sabar lah nad.. insyaAllah, Allah tu maha mengetahui..

    ReplyDelete