Wednesday, October 31, 2012

Kids...

"Hi, I'm Mia!"
Cerita zaman kanak-kanak memang paling manis dalam hidup.
Kalau dulu saya suka mainan kakak saya. Sebab jauh umur cuma 2 tahun. So apa die ada sy mesti ada jugak. Birthday die mesti sy pon dapat hadiah. HIHI
Dolu2 teringin sangat nak ade kawan macam Mia ni. Standard budak perempuan lah nak ade doll comel2 bagai tu kan. Sampai kan satu masa, darjah 6. Mintak kat along bear besar yang boleh buat tido same tu. Along bagi green light pulak time tu. Tapi! ("Tapi" bermaksud ada syaratnya nadiah! Ada syarat!) Kena dapatkan 5A mase UPSR. Malangnya sy tak cukup pandai nak daptkan 5A tu. Dapat 3 je. HIHI. Tinggal lah kenangan wahai teddy bear Giant.

Walaupun umur dah meningkat 21 ni. Perasaan nak memiliki Mia ni masih ade. Insyaallah satu hari nak buat sendiri. Baru lah rare. Gambateh gozaimasu Nadiah!

Tuesday, October 30, 2012

Family first

Semenjak melangkah ke alam Ijazah ni macam2 kena fikir. Kos sara hidup, incik hati, study, kawan2, family.

Cerita pasal family and hati, hari tu ade Modul (Latihan dalam kumpulan). Standard lah awal2 buat ice-breaking bagai tu kan. So kena introduce diri, hobi dan perkara paling mengembirakan. Ceritanya time turn aku, ini lah jawapnya:
-Nadiah
-Making hand-made accessories
-Bila family saya bersatu semula. 

Bila fikirkan ape yang gembira aku jadi lost, sebab hidup aku totally boring. There's nothing special. Sebab aku sendiri a boring person.

Maksud bersatu semula itu ialah mak dan ayah aku bertegur semula selepas satu jangka masa yang agak lama diorang tak bertegur.

Selepas pemergian seorang adik lelaki aku Mac lepas. Al-fatihah. Mak dan abah lembut hati nak terima satu same lain. Anak2 yang lain saaaaaaangat lah gembira bila dapat merase keadaan tu. Anak beranak da bole duduk satu meja makan sama2. Bole gelak2 sikit. Time tu rase bersyukur sangat2. Bak kata pepatah, ada hikmah disebalik yang terjadi. 

Tapi semua tu tak lama. Satu pagi, aku dalam bilik air terdengar suara abah tinggi. Dijawab oleh mak. Mak dan abah bergaduh kerana pihak ke berapa pun aku tak tau. Itu lah kali pertama aku dengar pergaduhan antara mak dan abah aku.

Dalam bilik air, aku menangis mengenangkan nasib keluarga sendiri. Tak pernah merasa kasih sayang yang ikhlas. Hidup sentiasa dipandang buruk oleh orang sekeliling. Pernah aku terfikir kenapa aku diwujudkan dalam family ni. Tapi hakikatnya aku kena terima keluarga ni. 

Siapa yang taknak kan keluarga yang bahagia. Hari2 aku berdoa diberi kesejahteraan dalam keluarga. Mengharap satu hari nanti akan ada cara menyembuhkan abah dan buat abah kembali ke pangkuan kami, keluarga abah yang official. 

Abah, setiap kali diah belajar, diah mesti fikir kalau lah diah dapat dekan, agak2 abah bangga atau tak? Sedangkan kakak yang berapa kali dekan tu, abah tak masuk dewan pun mase konvo. Apalagi diah? Mungkin abah bangga tapi abah tak tunjuk kan. Banyak pengorbanan abah untuk anak2. Tapi dari segi fizikal. Duit, barang3 kat rumah. harta. Cuma diah harap abah boleh buang ego abah jauh2.  Tapi diah percaya jauh sudut hati abah, abah sayangkan kitorang kan. Walaupun abah tak tunjuk. 

Abah, diah doakan keluarga kita dapat kembali bahagia seperti baru dilahirkan. Diah sayang abah. 

Sunday, October 28, 2012

Just a little time

when i'm alone i think of  so many thing to say to you,
but when i have a chance to talk to you, i don't say a word 

Saturday, October 13, 2012

Birthday & convocation Wishlist

Oleh kerana convocation day ngn birthday aku agak dekat. So, aku nak berangan nak dapat makhluk paling comel dalam dunia ni. iaitu~
Please tell me that u wanna bring this for me for my convocation day babeh.!!!  Dtang dengan pakai kemeja or long sleeve shirt putih stripe biru tu. yang macam sailor pakai tu. oh man! then pakai kasut yang hari tu saye cakap tu. bluek! Angan2 nak tinggi je. :B

2nd thing is this.! Oleh kerana birthday dan convo sekali. Dan tibe2 rase layak pulak dapat Bold 5 ni sebab dapat dekan last sem. Selepas aku bertungkus lumus mendapat kan dekan selame beberapa sem. Sem last jugak aku dapt. Dengan macam2 rintangan aku hadapi. Busy kerja2 jpk. Dengan berita adik meninggal. Projek ETR yang membunuh tu. Jadi ketua projek event besar. Jadi terasa berbaloi kot. *Nampak sangat berlagak kan* . Sesungguhnya aku akan menghargai hadiah ni kalau aku dapat. Tapi abah awal2 da cakap "Meh bagi duit kat abah, abah beli kan.." *agkat2 spec gaya mat lutfi*

Ini hanya lah angan2 semata2. Biasa lah perempuan selalu macam ni. Berkenan sangat tapi senyap2 Pastu tulis dalam blog *macam aku buat ni lah*.
Dah tahu memang xkan dapat benda alah ni pon still nak cerita. Dah nak buat macam mana, teringin sangat. Bagi la cam nak berangan2 kejap. Ok kene berenti menaip sebab kepala otak menghadapi masalah kekurangan oksigen sebab tak makan dari pagi nak tunggu makan steamboat malam ni.
Adios. GL *get lost*

Friday, October 12, 2012

Freakin Friday

 Confirm aku akan bersemangat kalau aku dapat makan cake macam ni hari ni! urgh! terhingin sgt nak makan kek dah. *over macam mengidam*

Mungkin bapak aku tak tau ape ini dan mugkin aku xkan dapat benda ni. Sila menangis bersama instax camera ni. untong lah badan kalau dapt. Nadiah kalau nak berangan mmg tinggi. 


Time1 jumaat cam ni lah aku rindu kan Combi si gangster. Combi, kalau kakak ganti kan combi dengan bengal ni ok tak? *maka combi pun datang kat aku lalu mencakar2*

Tuesday, October 2, 2012

3 tahun yang macam tunggu durian runtuh

This is what i'm waiting for!! 
Huntung lah kat s.alam je aku dapat. sidang pagi pulak. petang2 bole amek gambar hindustant golek2 kat padang. *cewah2*
Check saman. CLEAR!
 
Kalau tak ada aral lintang aku akan konvo :
Tempat: DATC
Tarikh: 28/11/2012
Masa: 7.30 pagi

Jadi jadi jadi... kepada Khairel Izzat, mohon datang dan bawak bunga2 matahari satu pasu please. Eh? Ewah2. kemain nak bunga. Da boleh start semai bunga dari sekarang.
I'm so excited!! *tune harus high pich!*