Tuesday, December 11, 2012

Surprise!!!!!!


Terkejut tak sume. hehehe. Btw aku nk share sumting ngn korg. aku nk wt surprise kt si dia(gula-gula hati) nk mntak maaf tp tak tau nk wt apa. Fikir punya fikir jeng jeng jeng. Mula-mula sekali aku pergi kedai cari teddy bear n kad ucapan mintak maaf. Lepas da beli tuh aku fikir mcm mne nk wt surprise kt dia. Ni antara idea-idea yg muncul dalam kepala hotak aku nie:

1: letak kt tmpt duduk belakang je.
2: letak kt bonet pastu wt2 terbukak bonet belakang
3: letak kt bonet pastu bukak bonet suro dia letak barang

  Then aku decide wt yg 2 atau 3. Malam tuh wt preperation sume2 bagai. Tiba hari di nanti. jeng jeng jeng. (wt suspen sikit). Aku pegi la kampus dia kt puncak perdana tuh(lebih kurang 20 minit). Sampai je aku call dia ckp da smpi. so aku tggu dia turun (perempuan maklumlah make up lama sgt mcm retisss). After dia turun aku nmpak dia dengan mengendong beg 2 3. Excited nak balik rumah kata kan. huhuhuhu. Aku pon cepat-cepat bukak bonet nk suruh dia letak barang. Tiba-tiba dia letak barang kt tempat duduk belakang. Aduh spoil. Takpe aku tukar plan B (standby awal2 dah). Aku mintak dia tolong tutup kan. Aku pesan angkat tinggi2 sikit. Tp dia tak dengar (lupa nak korek telinga agak nya) spoil utk kali kedua. Tp aku ada backup plan. aku dah standby artikel yg dia tertinggal kt dalam bonet (sediakan payung sebelum hujan). Aku suruh dia amek artikel tuh. Kali ni rancangan berjaya. hahaha (muke puas hati). tp syg nye dia tak de respon surprise. sedih je. dia hanya mampu tersenyum mcm kerang busuk je. hampeh tol.. (penat2 wt surprise). Tp yg penting surprise aku menjadi. hehehe.

Sekian saja untuk kali ini...


Oh! gula-gula hati mintak maaf ye. hehehe

<3 <3 <3 <3 <3 <3<3 <3   ------<@


wehewwww.. Assalamualaikum (y)

Friday, November 16, 2012

Fakta

suruh tengok2 hati dia--
dah kecik, katanya.
suruh tengok2 perasaan dia--
dah calar, katanya.

asyik kita menengok-jaga.
yang kita punya terlanyak2--
ada orang tanya?

fynjamalcopyright

Wednesday, October 31, 2012

Kids...

"Hi, I'm Mia!"
Cerita zaman kanak-kanak memang paling manis dalam hidup.
Kalau dulu saya suka mainan kakak saya. Sebab jauh umur cuma 2 tahun. So apa die ada sy mesti ada jugak. Birthday die mesti sy pon dapat hadiah. HIHI
Dolu2 teringin sangat nak ade kawan macam Mia ni. Standard budak perempuan lah nak ade doll comel2 bagai tu kan. Sampai kan satu masa, darjah 6. Mintak kat along bear besar yang boleh buat tido same tu. Along bagi green light pulak time tu. Tapi! ("Tapi" bermaksud ada syaratnya nadiah! Ada syarat!) Kena dapatkan 5A mase UPSR. Malangnya sy tak cukup pandai nak daptkan 5A tu. Dapat 3 je. HIHI. Tinggal lah kenangan wahai teddy bear Giant.

Walaupun umur dah meningkat 21 ni. Perasaan nak memiliki Mia ni masih ade. Insyaallah satu hari nak buat sendiri. Baru lah rare. Gambateh gozaimasu Nadiah!

Tuesday, October 30, 2012

Family first

Semenjak melangkah ke alam Ijazah ni macam2 kena fikir. Kos sara hidup, incik hati, study, kawan2, family.

Cerita pasal family and hati, hari tu ade Modul (Latihan dalam kumpulan). Standard lah awal2 buat ice-breaking bagai tu kan. So kena introduce diri, hobi dan perkara paling mengembirakan. Ceritanya time turn aku, ini lah jawapnya:
-Nadiah
-Making hand-made accessories
-Bila family saya bersatu semula. 

Bila fikirkan ape yang gembira aku jadi lost, sebab hidup aku totally boring. There's nothing special. Sebab aku sendiri a boring person.

Maksud bersatu semula itu ialah mak dan ayah aku bertegur semula selepas satu jangka masa yang agak lama diorang tak bertegur.

Selepas pemergian seorang adik lelaki aku Mac lepas. Al-fatihah. Mak dan abah lembut hati nak terima satu same lain. Anak2 yang lain saaaaaaangat lah gembira bila dapat merase keadaan tu. Anak beranak da bole duduk satu meja makan sama2. Bole gelak2 sikit. Time tu rase bersyukur sangat2. Bak kata pepatah, ada hikmah disebalik yang terjadi. 

Tapi semua tu tak lama. Satu pagi, aku dalam bilik air terdengar suara abah tinggi. Dijawab oleh mak. Mak dan abah bergaduh kerana pihak ke berapa pun aku tak tau. Itu lah kali pertama aku dengar pergaduhan antara mak dan abah aku.

Dalam bilik air, aku menangis mengenangkan nasib keluarga sendiri. Tak pernah merasa kasih sayang yang ikhlas. Hidup sentiasa dipandang buruk oleh orang sekeliling. Pernah aku terfikir kenapa aku diwujudkan dalam family ni. Tapi hakikatnya aku kena terima keluarga ni. 

Siapa yang taknak kan keluarga yang bahagia. Hari2 aku berdoa diberi kesejahteraan dalam keluarga. Mengharap satu hari nanti akan ada cara menyembuhkan abah dan buat abah kembali ke pangkuan kami, keluarga abah yang official. 

Abah, setiap kali diah belajar, diah mesti fikir kalau lah diah dapat dekan, agak2 abah bangga atau tak? Sedangkan kakak yang berapa kali dekan tu, abah tak masuk dewan pun mase konvo. Apalagi diah? Mungkin abah bangga tapi abah tak tunjuk kan. Banyak pengorbanan abah untuk anak2. Tapi dari segi fizikal. Duit, barang3 kat rumah. harta. Cuma diah harap abah boleh buang ego abah jauh2.  Tapi diah percaya jauh sudut hati abah, abah sayangkan kitorang kan. Walaupun abah tak tunjuk. 

Abah, diah doakan keluarga kita dapat kembali bahagia seperti baru dilahirkan. Diah sayang abah. 

Sunday, October 28, 2012

Just a little time

when i'm alone i think of  so many thing to say to you,
but when i have a chance to talk to you, i don't say a word 

Saturday, October 13, 2012

Birthday & convocation Wishlist

Oleh kerana convocation day ngn birthday aku agak dekat. So, aku nak berangan nak dapat makhluk paling comel dalam dunia ni. iaitu~
Please tell me that u wanna bring this for me for my convocation day babeh.!!!  Dtang dengan pakai kemeja or long sleeve shirt putih stripe biru tu. yang macam sailor pakai tu. oh man! then pakai kasut yang hari tu saye cakap tu. bluek! Angan2 nak tinggi je. :B

2nd thing is this.! Oleh kerana birthday dan convo sekali. Dan tibe2 rase layak pulak dapat Bold 5 ni sebab dapat dekan last sem. Selepas aku bertungkus lumus mendapat kan dekan selame beberapa sem. Sem last jugak aku dapt. Dengan macam2 rintangan aku hadapi. Busy kerja2 jpk. Dengan berita adik meninggal. Projek ETR yang membunuh tu. Jadi ketua projek event besar. Jadi terasa berbaloi kot. *Nampak sangat berlagak kan* . Sesungguhnya aku akan menghargai hadiah ni kalau aku dapat. Tapi abah awal2 da cakap "Meh bagi duit kat abah, abah beli kan.." *agkat2 spec gaya mat lutfi*

Ini hanya lah angan2 semata2. Biasa lah perempuan selalu macam ni. Berkenan sangat tapi senyap2 Pastu tulis dalam blog *macam aku buat ni lah*.
Dah tahu memang xkan dapat benda alah ni pon still nak cerita. Dah nak buat macam mana, teringin sangat. Bagi la cam nak berangan2 kejap. Ok kene berenti menaip sebab kepala otak menghadapi masalah kekurangan oksigen sebab tak makan dari pagi nak tunggu makan steamboat malam ni.
Adios. GL *get lost*

Friday, October 12, 2012

Freakin Friday

 Confirm aku akan bersemangat kalau aku dapat makan cake macam ni hari ni! urgh! terhingin sgt nak makan kek dah. *over macam mengidam*

Mungkin bapak aku tak tau ape ini dan mugkin aku xkan dapat benda ni. Sila menangis bersama instax camera ni. untong lah badan kalau dapt. Nadiah kalau nak berangan mmg tinggi. 


Time1 jumaat cam ni lah aku rindu kan Combi si gangster. Combi, kalau kakak ganti kan combi dengan bengal ni ok tak? *maka combi pun datang kat aku lalu mencakar2*

Tuesday, October 2, 2012

3 tahun yang macam tunggu durian runtuh

This is what i'm waiting for!! 
Huntung lah kat s.alam je aku dapat. sidang pagi pulak. petang2 bole amek gambar hindustant golek2 kat padang. *cewah2*
Check saman. CLEAR!
 
Kalau tak ada aral lintang aku akan konvo :
Tempat: DATC
Tarikh: 28/11/2012
Masa: 7.30 pagi

Jadi jadi jadi... kepada Khairel Izzat, mohon datang dan bawak bunga2 matahari satu pasu please. Eh? Ewah2. kemain nak bunga. Da boleh start semai bunga dari sekarang.
I'm so excited!! *tune harus high pich!*

Monday, August 13, 2012

Sebab aku WANITA

Wanita mana yang tak idamkan sekuntum bunga dari sang arjuna.
Wanita mana yang tak inginkan dipertemukan dengan imam kepada solat nya?
Wanita mana yang tak dambakan kasih dari seorang lelaki bergelar suami?
Wanita mana yang tak perlukan perlindungan?
Wanita mana yang tak pernah risau akan orang yang disayang?
Wanita mana yang tak inginkan dihargai oleh lelaki sama seperti mereka menghargai ibu mereka?
Wanita mana yang tak punya hati dan perasaan yang lembut?
Wanita mana yang tak idamkan kehidupan bahagia dikelilingi orang yang disayangi
Wanita mana yang tak mengharapkan kata-kata cinta dari seorang lelaki
Wanita mana yang tak pernah mengalirkan air mata demi seorang lelaki
Wanita mana yang tak mengharapkan kata2 manis dan lembut seorang arjuna mereka
Wanita mana yang tak fikir akan masa depan
Wanita mana yang tak idamkan candle light dinner bersama arjunanya?
Wanita mana yang tak ingin dipanggil sayang, honey oleh arjuna
Wanita mana yang tak mencatatkan setiap apa yang berlaku dalam hidupnya dalam ingatan sang arjuna
Wanita mana yang tak ingin berkongsi saat2 gembira bersama yang tersayang
Wanita mana yang tak ingin meluahkan perasaan sedihnya kepada yang tersayang
Wanita mana yang tak risau kalau sang arjuna tak angkat call
Wanita mana yang tak gusar kalau sang arjuna jatuh sakit.
Wanita mana yang tak ingin menunaikan tanggungjawabnya sebagai penyeri rumahtangga
Wanita mana yang tak sorokan perasaan kecik hatinya dari sang arjuna saat arjuna tak menepati janji
Wanita mana yang tak korbankan perasaanya demi menjaga hati sang arjuna
Wanita mana yang tak inginkan sang arjunanya bahagia
Wanita mana yang tak ingin bahagia

Aku ingin bahagia sebab aku WANITA

Sunday, July 29, 2012

People always think that the most painful thing in life is losing the one you value. The truth is, the most painful thing is losing yourself in the process of valuing someone too much and forgetting that you are special too.
How would I know?

Thursday, July 26, 2012

Kesan kepada malas nak topup =____=

Jadi rindu lah!! 



Igt lagi tak main tambah2 name kite ngan name awek/pakwe kite sebab nak tau percent kekuatan cinta kite, haha. I've done it last week. But i did it on my paper, Meh buat lagi skali. Kadang2 math tunggang terbalik. 

M u h a m a d K h a i r e I z z a t
N a d i a h

2 1 3 6 2 1 3 1 1 1 2 1 1
3 2 5 7 3 2 3
6 4 8 7 
1 3 1 2
34%

Damn! Ari tu buat dalam kertas  dapat 98%. -_____________________-"

haha. dear Pak guard Hati, 
I Miss You yknow! 

Friday, July 20, 2012

Tiba-tiba

terasa tangan gatal nk post something. huhu

klu tak nnt ada nenek tua akan membebel.

dia akan ckp "ha! bila nak update blog".



Nak dijadikan cerita pagi td bangun tidur (tak bape nak pagi sgt la kan) terus mencari fon. And ternampak ada msj. nama yg tertera <3cik muda<3. lepas tu cepat bukak msj tuh. takutnye pasal. msj smpi pkol 9.35. Baca nye pkol 12.30. huhu. lepas jew baca msj tuh. sampai ke telinga laa senyum nye kan. rasa bahagia. hewhew. macam mmpi pon ade gak. Msj yg dia hantar sgt suwit. Nak tau tak ape yang dia taip yg membuatkan abg tersenyum smpi telinga. huhuhuhu. ---------------------->

"hari ku harus dipenuhi dengan suara mu,
 ucuk ku. Fikiranku hanya dipenuhi senyumanmu
 alangkah indah jika diri mu sentiasa disisi ku ucuk ku"


so sweet laa gula-gula hati. comel je msj dia bagi. ehehe.


  
Ni la dia gula-gula hati

<3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3  for you lah nenek tua. heheheh

Thursday, July 19, 2012

To Bantal Busuk with LOVE

Dear Bantal Busuk,
Happy Pre-Anniversary ke 4! *clap clap clap
Cewah! 4 konon... nampak macam kejap padahal ! aku je yang tahu betape lame nye 4 tahun tu. 
Disini akak nak mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada adik Bantal Busuk sebab terima akak selame ini. Akak bukan ape. Akak rase akak ni dah mmg tak laku. Dari sekolah dulu dik oi.. Akak......*dengan muka sedih + air mata bergenang* rase tua oi.. Dah 4 tahun. Maka akak da bertambah umur gamak nye.# kan kalau makin kurang umur tu payah? =_="

 Atas perasaan berbesar kaki dan ringan tangan meh saye list kenape akak rase kite patut teruskan usaha sampai ke bintang kita ni. :-
1) Adik lah yang selalu buat akak mereng mencari topup semate2 nak pastikan kalau akak terjage malam akak ade kedit nak txt adik.
2) Eh. macam da tercakap tadi. Adik lah yang teman akak tiap2 malam akak terjage plus nak tido payah ya amat. *lagi pon adik bukan nye tido awal. asek ngadap game je.. dari ngadap game baik ngadap fon teman akak. Kan adik. *wink wink
3) Suke buang mase akak buat keje gile pagi2 mase mak panggil2 nak suh basuh pinggan ngn jemur pakaian. sebab time tu lah akak berusaha nak menyiapkan wajah adik yang 'eh eh macam shaheizy sam' lah sgt tu. Baik adik buat balik satu muke minie mouse akak ni. Wheheeee..
4) Paling suke tgk akak menggelabah nak NAIK escalator yang TURUN . Pas tu gelak kan. PAstu gelak lagi.
5) Perangai adik tu yang atotototo manjew nyew lew... =___="  #akak time je dik
6)Adik patut dapat award ''pemegang amanah paling annoying'' sebab semua barang yang akak bagi selame ni adik pandai simpan. Sedangkan akak?? pffft. cincin ngade2 kite tu je pon akak TERbuang secara TAK SENGAJE. *muke puss in boot ppppplease*
7) Sebab adik bole belanje kite bege bakar seumur hidop! harharhar.. *orang tu berangan nk bukak franchise bege bakar kan?  Amin akak doakan..
8)sebab akak je yang tau acane nak sakit kan hati adik. Dan adik je yang tau acane nak sakit kan hati akak. Serta akak je yang tau cane nak gembira kan adik(dgn gule2 mugkin) dan adik je yang tau cane nak wat akak sengih2 sorang2 kat tepi parit.
9) sebab adik je bole dapat kentut tapau akak. Dan akak je dapt tapau kentut adik tu.*evil laugh*
10) Sebab yang last sekali ialah.......................................................... *drum*.................................akak ni lah yang tunggu adik tak balik2 g kua makan bege bakar kat USJ tu dengan madu akak si Azry Jea tu. Dan akak pon melempiaskan perasaan kat sini tengah2 malam bute ni dengan lens pon tak bukak lagi takot typo #even masih ade#

Itu saje dari akak yang comel lagi cute ini. *kembang kuncup pipi ngn idong*

Oh ya! InsyaAllah masih ade 5 tahun lagi yang perlu ditempuh. Mohon bersabar dengan perangai saya oke. :)
 Oh tidak. K bai. Nak cari duit nak kawen. :p

I LOVE YOU MUHAMAD KHAIREL IZZAT  BIN MOHAMAD KAMAL
DARI NADIAH BINTI AHMAD SOLIKHIN

EH EH??? Silap.! Mohon maaf. :p
 Hamek! Eeeii.. mude nye adik ni.. tergoda akak. 

Koleksi lama. Harap maklum. :D
Comel nye lah mereka ni. Eh eh ? ewah kite la tu. Itu adik itu akak.
Meh sayang sikit. Oi oi belom boleh oi.!! Maaf.. :D

love:nadsimintakpenyepakgamaknye

Saturday, July 7, 2012

Wajib ade kalau tak..Abis la!

Things in relationship. 
.......................
..........
....
..
 SABAR
SABAR
SABAR
SABAR
SABAR
SABAR

pastuu......
...
||||||||
||||
||
|

SABAR. 

Kalau tak boleh sabar bole blah! 
*geleng-geleng kepala*

Friday, June 29, 2012

Mencari sesuap nasi

Adik2 sekalian, anda semua dinasihat kan supaya cepat2 lah cari kerja ye lepas abis stdy.
Sila atau Jangan mengharapkan mak ayah saje ye. ye. ye..  Macam akak ni. Sedih. Bertungkus lumus nak cari side income. T_______T 
Tapi adik2. jangn putus asa okeng. Allah ade dengan kita. Usaha tangga kejayaan!! :)
 Mari lah amalkan doa ini ye. Lepas solat tu jgn lupe ye. :) 

DOA PANJANG UMUR MURAH REZEKI DAN DIBERKATI

اللهم أكثر مالي وولدي وأطل عمري واغفر لي وبارك لي فيما أعطيتني

(Allahumma Akthir Ma-li Wa Waladi Wa Atil 'Umri Waghfir Li Wa Ba-rikli
Fi Ma A'tai tani) Ya Allah Perbanyakkanlah Harta ku, Panjangkanlah Umur
...ku, Ampunilah Daku, Berkatilah Apa Sahaja Yang Telah Kau Kurniakan
Kepada ku.Doa nabi ajar kpd Anas. Amalkan sebelum salam tiap kali solat (Ustaz Wan Shohor)


Oh ye adik2. Jangan lupe ke Facebook akak untuk mencuci mate dengan macam2 aksesori dan baju-bajuan. *harus promote nak cari rezeki*

Handmade headband with love



Statement necklace 
Geometrical necklace 
Mughah mughah semua nyaa.. Mari marii~!!!


Dah agak da

Betul! Mmg tak ade. Aku dah cakap nad. Kau tanak denga. Xkan nye ade. Mimpi je lah kalau ade. Kau je mengharap lebih. Kan da kne. Padan muke. Dah tak de tu dah la. Bia la. Bde tak ade dah. Tak bole buat ape. Kau xpayah berharap lagi dah.

Monday, June 25, 2012

Lagu untuk para lelaki sedunia


Perkara biasa. Sila focus pada lirik. Bagi lelaki dan jantan2 try nyanyi. Bulu mata anda pasti tegak!


Memindai laman Facebook mu
Kadang buat ku cemburu
Baru saja engkau update
Ramai lelaki berkomen

Tak sedikit yang merayu

Tapi ku percaya kamu
Kau juga yakinkan aku


Tetap saja aku ingin bicara
Chorus
Berhentilah rayu pacarku
Bawa pergi pesonamu
Takkan cukup kata-kata manismu
Gambar-gambar seksimu
Tagging-tagging flirting-flirting baginya
Berhentilah ganggu pacarku
Jangan pernah main hati
Takkan cukup email-email indahmu
Status-status palsumu
Liking-liking poking-poking baginya
Bukan hanya itu
Kerna ku tahu
Dia hanya cinta caraku mencintainya
Ulang chorus 2x
Berhentilah ganggu pacarku
Jangan pernah main hati
Takkan cukup email-email indahmu
Status-status palsumu
Liking-liking poking-poking baginya

ok focus. lagu ni aliff aziz yang nyanyi kan? Untuk? si mat mat rempit yang nak kacau si Anne Ngasri tu ke? ops.!!
Same lah kalau Si bantal busuk nyanyi. Die nyanyi untuk? Kekasih lama ku? *tgn didada mata pandang atas* Rase diri hot sgt nad? pffft!

 So kwpada sesiapa yang nak menyanyi lagu ni. I rase u olls:
1) Stalker! Sebab u tau ape yang di email oleh penyangak2 gf u tu. ohmai!
2) Blind jealous! jyeah! jantan cemburu baq hang . ewah ewah..

3) Penyayang sebetulnye.. Sampai fb gf pun u on kan. 
4) Some sort liek ur a gay! Gambar2 seksi pun u tgk gitu. 
5) Syok sendiri. Mane u tau ur gf tu suke the way u love her? Like.. daa~~ =__________=!


Thus(macam buat essay 360 words je), u should try to write another song which is more logic but still funky and cheeky. U have look. Jangan buat perempuan macam aku ni terpinggir. Motif?? 
 -________- Tuka lirik okeng kot. Social network sgt lagu u olls. 


OPS!!
Moga berbahagia wahai Anne dan Aliff
Selamat berpantang semua. *goyang sin chan*

Sunday, June 24, 2012

Bukan aku yang tunang

Eyh eyh! Salah...




Tadaaa.!! 
Si bride to be yang tak boleh dok diam. =_=


Si belakang tabir banyak menyebok. hewhew

Amek berkat amek berkat.! *sedut sedut

Itu sahaja anak-anak.. Lagi 7 tahun tunggu gmba tunang kite okeng! Itu pon kalau ade. :p


Thursday, June 21, 2012

Perjalanan Datin2 jadian

Clearance yang sepatutnye macam menyampah kan sagt jadi fun pulak. *teeth show*
ok ok. Dan ke"cuak"kan aku sebab tak bawak matrix card pulak menguasai diri. Yes! Padan muka.
igt lagi pesan gepren saya.
"the first thing you kne buat is pergi HEA then u buat ayat2 manis nak mintak kesian sebab matrix tak ade igt tau"
Tapi nasihat tu boleh la gune sikit. Nak lawan nasihat dari koordinator kitorang? *agkt kening*
"Ala.. u cakap ja tak sat tadi ni matrix jatuh. Bukan ilang. Jatuh tak sat tadi. Jatuh mana xtau"
Dengan berkat usaha dan semangat yang ntah datang dari kutub mana kuat pulak Datin2 semua menawan bangunan2 HEA, Pentadbiran, HEP. *kiasan semata2. harap maklum*
Dalam masa 2 jam. Semua setel.! ewahh! *muka princes diana labai tangan kat rakyat please*
WE ARE NOW OFFICIALLY ALUMNI OF UiTM MERBOK KEDAH!! 
Dan dan ini lah saat terakhir dan kali terakhirnya menjejak kan kaki ke UiTM ni. 
..................Silent mood..............
*muke mencebek(nak nagis)*
Oh mai! Kalau dulu tak sangka dapat masuk U. Sekarang Tak sangka da abis. N yeah macam biasa. Rindu Merbok itu wajib. :(

Sila lah bawak transport kalau buat clearance tu. Penat sangat macam nak kne ade spare body satu. 
Masa untuk tidur. Mengharap dapat mimpi scandal2 Merbok. <3

Sunday, June 17, 2012

Wednesday, June 13, 2012

Usaha tak berbelah bagi. sobsobsob

TADAAA!! yayay ade banner baru. ewahewah..

Selepas bosan dengan banner lame yang macam ala2 cute2 perasantan tuh kite tuka baru punye.
 Selamat tinggal banner lama..
in..
3
2

*TRING*

we wee.. Mr Misai. Dimana kau? :D


Entri ntah ape ape

Tak semua orang paham ape kita rase.
Jadi baik kita senyap je.
Lambat laun nnti die tau jugak.

Cuba fahami orang lain.
Jadi, diorang akan paham kita.


Thursday, June 7, 2012

Sembelit

Untong  lah yang jadi orang gile.
 Tak payah pikir susah payah nak jage hati orang. 
tak payah nak pk pasal sape2. 
Oh senang nye hidop mereka.
Nak jadi gile bole?

Ngorok

Adoyai. Ini lah bahana tido lambat dari abah. Kan da tak bole tido.
Ngorok is berdengkur okeng rakan-rakan.

Abah dah....

aku pulak..


dan mungkin esok, aku...


-______________________________________-"
*kantoi tido ngn mak abah lagi

Yang bolat ade duri

Blurrb~ tarik nafas. ada bau tak? 
Kasi dalam lagi tarik tu.
 Ok bole marah.
 Kite baru lepas makan dorian. 
Mak belanje. Sepo hengget je pong.
 Kite sendiri kene topup lagi 15 hengget. 
Baru ceking ceking abah bagi. $$.
Abah kite pulak baru anta benjen(sila masuk kamus. Benjen is kelapa sawit. a.k.a kelapa bali.)
Sebab tu ceking ceking masyuk. Apasal cite macam anak petani yang berjaya ni?

alkisah si pembeli dorian yang paling terer (aku dan adik si lembap)
Selame ni aku tau bapak aku bwk balik dorian aku duduk. bapak aku belah. aku tgk, bapak aku g amek air putih, aku tolong makan kan.
Sebab tu aku 'hebak' dalam memilih dorian.(lebih  spesifik: hebat dalam memilih ulas dorian mane yang gebu)

Tai disebabkan hari ni aku gajiaan(ops. jawe lagi) aku 'TER'baik nak belanje mak abah dan adik serta nnek dorian. Bau dorian dari jauh lagi da panggil2. Mak pesan "g beli dorian kat depan grand union tu". Sampai sg pelek ape lagi. aku attack dorian depan Grand Union lah. Pilih punye pilih sambil buat muke konon2 pandai. Siap mintak belah nak tengok sikit lagi. *sebab aku npk ade pakcik tu buat cam tu. Siap usha pakcik tu lagi.
aku igt aku bawak toyol(adik) aku bole pakai. Rupenye die pon blur je nak pilih. Cina tu pon belah sikit bg aku tgk. Mmg betol la. Aku TENGOK je. Dan kemudian aku pon pilih 2 bijik. 
Abrakadabra.!!! TING.!! Ade 3 bijik semuanya dalam plastik. Macam mane ade 3? Sebab amoi cina yang pandai tu pegi letak lagi sebijik dengan ayt 'INI DURIAN SANGAT BAGUS WOO'. 
Aku ngn adik. : -__________________________-"
Ceking.!! $$ RM25~~~ *phiuhphiuuuhh~~ (bunyi angin Texas)
3 bijik dopuloh lime hengget? Macam dok KL kan? Bese broo.. Dengan tangan yang konon nye nak lemah buat2 kuat kuar kan duit. =..="
Otw balik kat kete pulak.

Adik: Diah,  tu durian sebijik singgit.
Aku: PFFFT~~!!!

Sebelah kete aku je pong. Tula. Susah jadi anak yang baik. Igt pesan mak 'beli yang kat depan Grand Union tu'

Balik rumah dengan perasaan bangga sebab perasan pandai beli dorian.
Kami da pulang bawak dorian. Mudah saja tinggal belah. *nada lagu tepung cucur adabi
Cepat berdesup bapak aku bawak kua kapak potong ayam. Ngan gombal (Gombal adalah sejenis kain buruk@ kain buruk la pendek kate). CHING CHING!  Kami datang lagi (Dialog dorian)
Ini dorian ke batu? 'Mangko' nih. Abah cakap. (Mangko is dorian yang keras tu.)

Abah & Mak: Bape ringgit tu?
Aku: dopoloh lime~~
Abah Mak: Mak aih. Mahal nye. 

Maksud "Mahal nye" dalam konteks kesedapan dorian ye. Sila paham. Pandai anak2.. *clap*
Perasaan bangga sebab PERASAN pandai beli dorian ttbe balik kebun nyorok tepi pokok benjen. 
Ye patot si cina tu dok gelak kat aku je. 
  Baru lah aku sedar aku tak pandai beli dorian. 
Dan dapat la petua beli dorian yang betu;l
1) BAU. bau bia kuat kaw2 punye
2) SUROH CINE TU BUKAK SIKIT. sambil buat muke berlagak
3) RASA YE. BUKAN TENGOK. tekan2 isi dorian tu. kalau lembut sedap la tu. kalau keras itu lah magko!
4) BAYAR DAN CAU BALIK UMA

Dengan itu tamat lah sudah cerita ANAK SOLEHEN(aku) DAN DORIAN :)

Friday, April 6, 2012

1st Masterpiece

Here we go.! Geometrical necklace inspired by Mas Angelina.

Ok u olls. Ini version nadiah okeng. I olls mmg kayu sebab bile tgk sekali je necklace ni macam batu i olls rase. Mak Jenab tak sanggup nak tgk. Aww.. 

Tuesday, February 21, 2012

berhajat bersama Chenta

dah lama dah   berhajat nk  berkaraoke  bersama chenta. tapi tidak pernah kesampaian lg. kata nya malu nk nyanyi depan saya. malu sgt laa tuh.hehehe. nnt  bwk sy pergi karaoke ye.