Monday, January 21, 2013

Oh my Shaheizy Sam! =D

Happy happy birthday to my Incik Bos ..

#sumber dari tahun2 lepas*alamak! lupe taun bile*


                        video

xoxo,
SiGendon

Saturday, January 19, 2013

Maru: stok geli-geli

Ok. here're the story. Kali ni bukan rela hati nak update entri tapi atas arahan incik bos. Selame ni saya yg bg arahan untuk update. Kali ni die pulak. Main kasar da ni die ni *tumbuk2 tpak tgn
Merujuk kepada entri sebelum ni. Incik bos buat suprise2! *ala2 eric leong kan kan kan..
So meh bagi komen sikit. *bajet retis ke ape macam nak buat press conference bagai ni.

1-betol2! die buat salah dan nak mintak maaf.. ala mucuk2 *bluek. Suhweet nye awak..
2-Pergi kedai beli teddy bear tu tak bg tau! Dah la tengah marah2 die. Kan bahaye kalau tersumpah pape. hurrmm.. Bahaya2
3-Idea tu.... *muncung* yang petama tu oke. sebab saya akan nampak teros. Tapi tak nampak kekiutan saya nanti .. ewah! yang ke2 tu mmg cute. yg ke3. saye tak tefikir pon. sebab tau bonet awak tu da la kecik cenoet. pastu ade speaker. itu je da makan setengah. Saye ni kalau balik kan macam2 nak bawak. hewhewhew
4-oh tidak! malam2 awak buat preparation. Bermakna abah, ma,abang2 ade. jadi2 mereka nampak laa.. malu malu.. *tumbuk2 bahu lmbut2
5-Eleh... lebih kurang 20 minit konon.. Alasan tanak datang tu macam 3 jam nak dtg.*muka mencebik*
6- Hello. I tak make up ye mase tu. Muka redha je turun dari tingkat 5 tu. Nampak cantik ke? Oh itu natural beauty. *muka princess kelip2 mata*
7-Hei. hang jangan dok perli ceq gendong beg 2 3 naa.. besa la. 1 beg tangan. 1 lagi beg baju kotoq (alasan rumah dekat). 1 lagi beg apa? Mana ada cik bang oi.. 2 ja naaa... Itu kira standatd la tu.
8- Kan da cakap. Barang sikit. Tak payah susa2 nak bukak bonet tuu.. Lagi pun.. *gentel2 hujung tudung*saye tak denga pon awak bukak bonet. ehew
9-Tang tutup kan tu rase macam nak maki. Bonet tu boleh je kot agkat sikit pastu tolak. Tutup la dia. Ini beria pulak orang tua ni suruh bukak dulu. So i ttup je la dengan muka tak bersalah.
10- Yang tak denga tuu.... let me explain here okeng. Dasar suara orang tua. Hujung2 sawah je denga nye. Suara je kecik. Badan cam bapak orang. Kok ye pon nak romantik. Cakap kuat sikit kot?
11- Dan entah kenapa petang tu mmg saye rase pekak semacam. .............................................................  Ok2 fine. Bukan hari tu jee. Sebelom2 ni pon.. -______-"
12- Ha! Ini i nak mara. Dah kenape artikel saye dok kat belakang? Benda kecik ala ala tomey tu pon letak kat belakang ke? Haip2. orag tua. tak bole kene mara. ehewhew...
13- Xpe redha. G bonet, bukak bonet, nampak artikel, amek article (tak perasan lagi mate ni dah kenape pompuan??) Pegang bonet nak ttup da..... *jejeng* Oh mai!! *perasaan bila tiba2 Shaheizy Sam mintak number fon*
14- Jeling2 kat cermin belakang nak pasti kan Incik bos nampak muke kena kareen ni!.
15- Main polis2 dengan Incik bos tye sape punye bear ni? Malang nya incik bos tak boleh jadi penjual insuran. Die tak dapat nak yakin kan yang bear tu saya punya! Oh mai oh mai.
16- Hampit ttup bonet. Sebab??? Takot bukan sendiri punyee.. (sebab masih tak nampak kad "I'm sorry")
17- Arahan dari Incik bos suruh amek. Jadi amek laa.. Bawak ke depan. *duduk. ttup pintu*
18- "Mana kad nye?" ALamak! Kad ape? Jadah laa orang tua ni merepek. *keluar cari kad* oh ade.. *senyum kambing tak bersalah*
19- Tang kerang busuk tu saya tak setuju. Kerang busuk pon makanan ape. (wuuuwuuu sedap nye kerang bakar)
20- Sape kate saya tak terkejut ha?? Kat atas da mention kot. Oh Sam.. *berangan*

So.. itu lah dia. Memenuhi requirement tak Incik Bos?
Lepas tu, sepanjang perjalanan tersenyum je lah. Sebab? Malu... Kite tak pernah dapat seperais macam ini.. Ehekehek..
And here..... Maru di dalam rumah!!!! (Maru in the house)

Maru fresh datang2 terus bawak kete. Umpama kalau aku lahir terus pandai shuffle.EH?
So thank you love. Walau pon Maru ni untuk stock geli-geli(ayt rempit. maaf) tapi die baik. 
Namun dalam masa tak sampai sejam. Maru dah dinodai oleh Yayen the Tiger Monstah!! Maru kecundang dan mengalami kemurungan..

 Walaubagaimanapun, Maru dapat balik semangat nya lepas denga kata2 semangat dari Miss Nadiah. Sape tu? Itew la. HAHA. Dan Maru pandai angkat tangan daa!! *clap clap*



Sekarang Maru dah besa dan dah pandai membaca. Oh maaf. Maru kena pakai spec saya gara2 duduk katil atas yang tak sampai semeter dengan kipas. So takot mate berair (almaklum. mate Maru besa)

Dear Incik Bos, boleh tak nak cakap terima kasih dan saya sayang awak kuat2 kat sini?? 
xoxo
Nad

Tuesday, December 11, 2012

Surprise!!!!!!


Terkejut tak sume. hehehe. Btw aku nk share sumting ngn korg. aku nk wt surprise kt si dia(gula-gula hati) nk mntak maaf tp tak tau nk wt apa. Fikir punya fikir jeng jeng jeng. Mula-mula sekali aku pergi kedai cari teddy bear n kad ucapan mintak maaf. Lepas da beli tuh aku fikir mcm mne nk wt surprise kt dia. Ni antara idea-idea yg muncul dalam kepala hotak aku nie:

1: letak kt tmpt duduk belakang je.
2: letak kt bonet pastu wt2 terbukak bonet belakang
3: letak kt bonet pastu bukak bonet suro dia letak barang

  Then aku decide wt yg 2 atau 3. Malam tuh wt preperation sume2 bagai. Tiba hari di nanti. jeng jeng jeng. (wt suspen sikit). Aku pegi la kampus dia kt puncak perdana tuh(lebih kurang 20 minit). Sampai je aku call dia ckp da smpi. so aku tggu dia turun (perempuan maklumlah make up lama sgt mcm retisss). After dia turun aku nmpak dia dengan mengendong beg 2 3. Excited nak balik rumah kata kan. huhuhuhu. Aku pon cepat-cepat bukak bonet nk suruh dia letak barang. Tiba-tiba dia letak barang kt tempat duduk belakang. Aduh spoil. Takpe aku tukar plan B (standby awal2 dah). Aku mintak dia tolong tutup kan. Aku pesan angkat tinggi2 sikit. Tp dia tak dengar (lupa nak korek telinga agak nya) spoil utk kali kedua. Tp aku ada backup plan. aku dah standby artikel yg dia tertinggal kt dalam bonet (sediakan payung sebelum hujan). Aku suruh dia amek artikel tuh. Kali ni rancangan berjaya. hahaha (muke puas hati). tp syg nye dia tak de respon surprise. sedih je. dia hanya mampu tersenyum mcm kerang busuk je. hampeh tol.. (penat2 wt surprise). Tp yg penting surprise aku menjadi. hehehe.

Sekian saja untuk kali ini...


Oh! gula-gula hati mintak maaf ye. hehehe

<3 <3 <3 <3 <3 <3<3 <3   ------<@


wehewwww.. Assalamualaikum (y)

Friday, November 16, 2012

Fakta

suruh tengok2 hati dia--
dah kecik, katanya.
suruh tengok2 perasaan dia--
dah calar, katanya.

asyik kita menengok-jaga.
yang kita punya terlanyak2--
ada orang tanya?

fynjamalcopyright

Wednesday, October 31, 2012

Kids...

"Hi, I'm Mia!"
Cerita zaman kanak-kanak memang paling manis dalam hidup.
Kalau dulu saya suka mainan kakak saya. Sebab jauh umur cuma 2 tahun. So apa die ada sy mesti ada jugak. Birthday die mesti sy pon dapat hadiah. HIHI
Dolu2 teringin sangat nak ade kawan macam Mia ni. Standard budak perempuan lah nak ade doll comel2 bagai tu kan. Sampai kan satu masa, darjah 6. Mintak kat along bear besar yang boleh buat tido same tu. Along bagi green light pulak time tu. Tapi! ("Tapi" bermaksud ada syaratnya nadiah! Ada syarat!) Kena dapatkan 5A mase UPSR. Malangnya sy tak cukup pandai nak daptkan 5A tu. Dapat 3 je. HIHI. Tinggal lah kenangan wahai teddy bear Giant.

Walaupun umur dah meningkat 21 ni. Perasaan nak memiliki Mia ni masih ade. Insyaallah satu hari nak buat sendiri. Baru lah rare. Gambateh gozaimasu Nadiah!

Tuesday, October 30, 2012

Family first

Semenjak melangkah ke alam Ijazah ni macam2 kena fikir. Kos sara hidup, incik hati, study, kawan2, family.

Cerita pasal family and hati, hari tu ade Modul (Latihan dalam kumpulan). Standard lah awal2 buat ice-breaking bagai tu kan. So kena introduce diri, hobi dan perkara paling mengembirakan. Ceritanya time turn aku, ini lah jawapnya:
-Nadiah
-Making hand-made accessories
-Bila family saya bersatu semula. 

Bila fikirkan ape yang gembira aku jadi lost, sebab hidup aku totally boring. There's nothing special. Sebab aku sendiri a boring person.

Maksud bersatu semula itu ialah mak dan ayah aku bertegur semula selepas satu jangka masa yang agak lama diorang tak bertegur.

Selepas pemergian seorang adik lelaki aku Mac lepas. Al-fatihah. Mak dan abah lembut hati nak terima satu same lain. Anak2 yang lain saaaaaaangat lah gembira bila dapat merase keadaan tu. Anak beranak da bole duduk satu meja makan sama2. Bole gelak2 sikit. Time tu rase bersyukur sangat2. Bak kata pepatah, ada hikmah disebalik yang terjadi. 

Tapi semua tu tak lama. Satu pagi, aku dalam bilik air terdengar suara abah tinggi. Dijawab oleh mak. Mak dan abah bergaduh kerana pihak ke berapa pun aku tak tau. Itu lah kali pertama aku dengar pergaduhan antara mak dan abah aku.

Dalam bilik air, aku menangis mengenangkan nasib keluarga sendiri. Tak pernah merasa kasih sayang yang ikhlas. Hidup sentiasa dipandang buruk oleh orang sekeliling. Pernah aku terfikir kenapa aku diwujudkan dalam family ni. Tapi hakikatnya aku kena terima keluarga ni. 

Siapa yang taknak kan keluarga yang bahagia. Hari2 aku berdoa diberi kesejahteraan dalam keluarga. Mengharap satu hari nanti akan ada cara menyembuhkan abah dan buat abah kembali ke pangkuan kami, keluarga abah yang official. 

Abah, setiap kali diah belajar, diah mesti fikir kalau lah diah dapat dekan, agak2 abah bangga atau tak? Sedangkan kakak yang berapa kali dekan tu, abah tak masuk dewan pun mase konvo. Apalagi diah? Mungkin abah bangga tapi abah tak tunjuk kan. Banyak pengorbanan abah untuk anak2. Tapi dari segi fizikal. Duit, barang3 kat rumah. harta. Cuma diah harap abah boleh buang ego abah jauh2.  Tapi diah percaya jauh sudut hati abah, abah sayangkan kitorang kan. Walaupun abah tak tunjuk. 

Abah, diah doakan keluarga kita dapat kembali bahagia seperti baru dilahirkan. Diah sayang abah. 

Sunday, October 28, 2012

Just a little time

when i'm alone i think of  so many thing to say to you,
but when i have a chance to talk to you, i don't say a word